CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 27, 2008

Teromba dalam Adat Perpatih

nak cerita mengenai Teromba dalam adat Perpatih..
kalau nk citer,mmg byk Teromba yang digunakan dalam adat Perpatih ni..tak Kisahla untuk perkahwinan ke,lambang perpaduan ke,dan banyak lagi..
saya cerita sikit jela utk pengetahuan siapa2 yg tak tahu langsung apa itu teromba dan fungsinya...

apa itu Teromba??
Teromba ialah susunan undang-undang adat yang disampaikan dalam bentuk puisi dan adat sama ada adat Temenggung dan adat Perpatih yang mula digunakan di Minangkabau. Teromba juga adalah perbilangan yang meriwayatkan sejarah sesuatu tempat atau peristiwa pertumbuhan masyarakat adat Perpatih sesuatu tempat. Cerita asal usul kejadian juga terdapat dalam teromba.

Teromba untuk Pertunangan

Cincin sebentuk menanya ibu bapa,
Cincin dua bentuk asa sekata,
Asa sekata, kata dibalikkan,
Tak asa sekata, cincin dibalikkan,
Asas sekata janji diikat,
Janji dibuat dimuliakan,
Dalam janji digaduhkan,
Sampai jani ditepati,
Helah si jantan luncur tanda,
Helah si betina ganda Tanya,
Sakit si jantan lari pada betina,
Sakit si betina lari pada jantan,
Cacat cinda berkembalikan,
Sawan gila luar janji.


Menurut Teromba ni,orang lelaki yg nk minang calon isterinya kene bwk tepak sirih ngn sbentuk cincin masa dtg merisik tu..cincin tu dinamakan cincin tanya dan mesti dikembalikan dalam masa 3 hari sekiranya tak terima pinangan tu.
kalau pinangan diterima,satu mjlis akan diadakan untuk meraikannya,mase ni kena bwk lg satu cincin..maknenye 2bentuk cincin mase pertunangan..<--tak cukup cincin tak bleh tunang..huhu pastu korang mesti pnah dgr kalau putus tunang,lelaki yg mintak takkan kena apa2,tp kalo perempuan yg mntak putus,kena kembalikan tanda pertunangan tu 2kali ganda..korang larat ke?kalo tak, tak payah la putus2 tunang..abiskan beras jer..haha

Satu lg Teromba mengenai Etika Kerja..
Masyarakat yang mengamalkan adat Perpatih ni dieorang sentiasa muafakat dan bekerjasama tak kisah dlm sosial,ekonomi dan lain2..kedua2 konsep ni penting dlm hidup dieorg..hanya perlaksanaan sahaja yg berbeza mengikut kelompok kekeluargaan masing2.Masyarakat adat Perpatih sememangnya mementingkn kemuafakatan mcm dlm Teromba ni :

Ibu adat muafakat,
Bapa adat besendi hukum,
Hukum bersendi Kitabbullah,
Dek kebulatan dah dicapai,
Sama-sama kata bercarian,
Kok keruh dan jernih,
Sama mengerti sama faham,
Dek saji nan berkucung,
Rimbun-rimbun ditutuh
Kok putus nak disambung,
Kok panjang nak dikerat,
Kok bocor nak ditampal,
Kok tiris nak dibetulkan,
Gaduh-gadah didamaikan.


Akhir sekali nk cakap pasal kepimpinan dalam adat Perpatih pula..
seorang pemimpin sentiasa memelihara kaum kerabat dan anak buahnya dengan adil dan bijaksana. Seorang pemimpin mestilah bersikap bersih seperti air yang jernih dan sentiasa memberi perlindungan kepada masyarakatnya.Pemimpin juga perlu mempunyai fikiran yang dalam dan berbudi bahasa yang luas serta dapat menyelesaikan masalah dengan bijak mcm kata Teromba ni :

Air yang jernih,
Tempurung yang ceper,
Seperti pohon di tengah padang,
Uratnya tempat bersila,
Batangnya tempat bersandar,
Buahnya untuk dimakan,

Daunnya untuk berlindung.

0 comments: